August 7, 2011

Bukan Tak Tahu, Tapi Tak Kisah

Mungkin sekarang dah tak ada sangat orang yang tak pernah dengar nama Malaysia. Sebab ada internet, tv, orang dah celik pasal benda-benda asas setakat nama negara luar nih. Tapi nak kata tahu sangat pun tak jugak sebab setakat pernah dengar nama tu bolehla kot. Samalah macam negara-negara yang jarang-jarang kita dengar, tapi setakat tau nama negara tu saja.

Bayangkan kalau tetiba ada orang Malta ke Barbados ke Slovenia ke duduk kat kerusi sebelah dan ko kena pula jaga perasaan dia kurang-kurang tegur sapa sepatah dua., sebab takkan nak biar dia duduk diam sorang-sorang. Agak-agak nak mula dari mana pun senang cakap tak ada clue langsung la kot sebab ko tak ada fanatik langsung derang. Aku tak de lah nak samakan Malaysia dengan negara-negara lain, tapi aku rasa setiap orang ada minat dia sendiri, pengalaman lain-lain yang boleh jadi negara yang aku tak kenal sangat macam Slovenia,Malta etc. nih sebenarnya korang cekap gila, tahu semua details pasal negara dia.

Oklah, boleh bagi excuse kalo tak tahu sangat pasal negara luar, tapi, pasal negara sendiri pun tak tahu apa jugak.

Kadang-kadang, disini bila terkena sembang dengan orang-orang kat jepun, orang akan tanya soalan -soalan asas saja pasal Malaysia dan aku pun terpaksalah main teka-teka je pasal tak tahu sangat ataupun dah tak ingat bab-bab geografi belajar kat sekolah dulu.

Ikut pemerhatian aku, orang jepun ni agak cekap bab-bab geografi negara derang dengan negara-negara maju. Ingat pulak tu data-data yang umum. mungkin disebabkan pendedahan media,tv yang aku rasa agak aktif menyampaikan maklumat yang tepat dan mudah difahami untuk rakyat. Kenalah dengan sikap orang jepun yang aku rasa agak cerewet dalam semua benda. Kira, "ada demand ada supply" la kan.

Disebabkan teringin jugak nak tahu pasal data-data mengenai Malaysia, aku pun cari-cari la sikit info yang senang-senang untuk amik tahu.
jadi aku rasa nak kongsi jugaklah dengan sesiapa yang terbaca post dalam blog yang bosan ni.

Kalau diikutkan kata Jabatan Perangkaan, penduduk Malaysia pada 2010 meningkat kepada seramai 28.3 Juta orang, tapi purata kadar pertumbuhan merosot berbanding 10 tahun yang lepas.

Dan negeri yang ada ramai penduduk pulak ada lah Selangor diikuti Johor dan Sabah.




Dalam masa yang sama duk belek-belek data, terjumpa satu data yang menarik untuk bujang-bujang yang duk tangguh nak kawen. Kalau tengok chart kat bawah ni ,rupa-rupanya populasi lelaki lebih tinggi berbanding perempuan untuk certain umur.
Untuk lebih details, nisbah lelaki berbanding perempuan secara relatif lebih tinggi bagi Pahang (113), Johor (112), Negeri Sembilan (107), Sabah (107), Selangor (107), W. P. Labuan (107) dan Sarawak (106). Sebaliknya, bilangan lelaki kurang daripada perempuan bagi W. P. Putrajaya (89) dan Perlis (97).
Jadi, bagi lelaki bujang yang tinggal dia Pahang Johor contohnya, better korang cepat-cepat sebelum melepas.











Itu je lah, untuk post kali ni, dah penat pulak menaip.