March 29, 2011

Berhijrah Mencari Sesuap Nasi


Kalau korang semua ada baca post aku yang sebelum ni, korang mungkin ingat-ingat lupa yang aku telah tamat pengajian di Kagawa University pada 24March2011. Tahniah~

Selepas aku kembalikan kunci apartment aku kepada tuan rumah, merempat la aku sehari sebelum berhijrah ke tempat baru pada keesokkan harinya.

Di situ aku merempat lagi sehari di rumah kawan yang sedang menetap kawasan berdekatan.
Pada 26 March, aku dijadualkan untuk menetap di bilik baru untuk bermastautin sempena aku akan bekerja dengan syarikat di Aichi Prefecture ini.

Sesudah aku habis mengangkut barang-barang keperluan untuk berpindah dengan bantuan uncle-uncle dari nittsu, bilik aku penuh dengan pekakas-pekakas yang aku bawa dari Kagawa.

Hari itu, aku pandang sana, pandang sini, aku sedar di sini sudah tak ada orang lagi yang sama asal-usul dengan aku?! apa ini?! ni ke perasaannya berada di negara asing?!

Seharian aku dalam dilemma pikir pasal hati yang homesick tiba-tiba. Masa tu barulah aku sedar di Kagawa ada juga orang Malaysia yang boleh sama-sama jadi tempat mengadu, nak gelak-gelak, nak serabut-serabut.

Untuk buat korang paham macam mana aku rasa time tu, bolehlah korang bayangkan sama macam mula-mula masuk asrama kat sekolah dulu. Semuanya persekitaran baru, masyarakat baru,aktiviti pun sudah takkan sama dengan apa yang aku pernah buat dulu.

Disebabkan homesick yang semakin menjadi-jadi padahal beum sampai satu hari kat sini,aku rasa kena buat sesuatu untuk selesaikan masalah ni, jadi, aku amik keputusan untuk tido dulu sebelum aku tergerak hati untuk bertindak pelik, untuk angkut barang-barang lari pergi airport ambil flight balik ke Malaysia.

Ini saja untuk post kali ini, dan akan bersambung...

....................................................................

Sebelum tu, kalau ada yang nak tahu syarikat apa yang "ter"pilih aku untuk kerja dengan dia boleh la rujuk link youtube ini. (terkejut aku company ni ada youtube page pulak.ish)

March 28, 2011

Setelah Sekian Lama Disini...


2011 March 24 ialah tarikh Graduation Day untuk universiti yang aku sedang menuntut iaitu Kagawa University terletak di ceruk pulau Shikoku Jepun.

Teringat-ingat lagi masa mula-mula daftar masuk ke Kagawa University ini pada April 2007 yakni 4 tahun yang lepas. Bersama seorang lagi teman senegara yang masuk ke Fakuti Kejuruteraan Kagawa Universiti yang banyak bagi pertolongan dan semangat untuk selalu positive and senyum.

Setelah 4 tahun kami tempuh bermacam-macam cabaran, bermula dengan bahasa jepun, kehidupan, kewangan, makanan, dan akhir sekali masalah sampah.

Disini juga aku dapat belajar bukan saja dari aspek akedemik yang cukup-cukup makan, tapi erti mencari hala tuju, dan lebih penting kepentingan seseorang itu mengenal diri sendiri dalam membuat apa-apa keputusan.

Aku tak kata aku dah cukup kenal diri dan pandai buat semua benda selepas 4 tahun belajar di sini. Tapi, aku berani jamin ada perubahan berbanding dengan diri aku yang 4 tahun lepas.

Mungkin ramai yang tertanya-tanya, ataupun banyak yang mempersoalkan apa bezanya belajar di luar negara berbanding di Malaysia sendiri?
Aku sendiri tak tahu apa orang lain pikir, tapi apa yang aku dapat kata, semua ni bergantung kepada apa yang kita mahu yakni kita perlu untuk kenal apa matlamat kita yang sebenarnya.
Contohnya, "mahu amik course study yang tiada di Malaysia", "mahu lari dari rumah jauh-jauh", "nak dapatkan kualiti pembelajaran yang tiada di Malaysia", bla..bla..bla..

Semua ni terpulang pada individu itu sendiri, dan bagi aku , "aku hanya mahu belajar di luar negara", tiada matlamat yang spesifik selain nak jadi jutawan.
Aku mulanya tak peduli nak belajar apa asalkan di luar negara, baik kejuruteraan, ekonomi, malah seni tari sekalipun, kecuali perubatan sebab saya takut jarum.

Di kagawa ini, tempoh 4 tahun itu memberikan aku masa yang cukup untuk aku mengenang kembali keputusan aku yang tidak mendalam itu. Antara persoalan itu ialah, "mengapa aku amik bidang engineering?", " mengapa aku pilih Jepun untuk belajar?". Pelbagai persoalan yang timbul sepanjang 4 tahun ini yang sebenarnya banyak menghantui aku, dan aku percaya setiap orang ada masalahnya yang tersendiri sepanjang pengajian.

Ditambah dengan suasana di Jepun ini yang aku boleh katakan banyak bezanya persekitaran disini berbanding di Malaysia.

Apa sekalipun yang kita hadapi, aku dapat katakan satu benda disini, sentiasalah tabahkan hati dan yakin Allah bersama-sama kita dan Allah takkan timpakan hambanya dengan perkara yang hambanya tak mampu tanggungi.
Aku tak kata aku ni alim sangat, sampai nak nasihat orang lain pulak! ish.
Tapi ikut koranglah nak dengar atau tidak, sebab aku tak kisah pun korang nak ikut atau tak. korang baca post ni sampai habis pun aku dah puas hati.

Sebelum aku habiskan post ini, aku nak minta maaf kepada yang asyik tertunggu-tunggu bila aku nak update blog ni. Insyallah, aku akan usahakan blog ini semula, tapi bukan sebagai pelajar di Jepun, tapi sebagai engineer di jepun.yey!( aku dapat kerja di Nagoya)
Nanti aku akan ceritakan bagaimana aku lalui kehidupan disini sebagai seorang syakaijin ( orang masyarakat) ataupun orang yang bekerja.

Akhir sekali, aku ingin ucapkan tahniah kepada kawan-kawan yang berjaya tamatkan pengajian di Jepun tahun ini, terutamanya yazid dan arman yang belajar bersama-sama aku di Kagawa University. Tak lupa juga, all the best kepada yang masih meneruskan pengajian.
Terima kasih kepada yang banyak membantu, memberi nasihat, tunjuk ajar dan belas kasihan kepada saya yang hina ini, dan saya hulurkan tangan memohon maaf diatas setiap kesalahan yang saya lakukan tersengaja atau tidak tersengaja atau tidak disedari.Mohon halal bagi yang boleh dihalalkan dan silalah tuntut kalo ada yang belum dikembalikan sebab saya sudah tak ingat. Bagi saya anda semua amat bermakna dan saya hormati.