April 25, 2011

Bolehkah Menang di Padang Pihak Lawan?



Post sebelum ini aku ada kata nak explain lebih lanjut pasal situasi gempa bumi, tsunami, radiation etc. dalam blog ni. Tapi, disebabkan aku bandingkan info yang aku ada dengan orang lain kat Malaysia, aku rasa korang lagi tahu banyak dari aku pulak. jadi aku rasa setakat apa yang ada tu cukuplah kot, kalau korang nak tau lagi terperinci, aku cadangkan korang cari sendiri ataupon PM la aku kalau dah tak tau nak cari kat mana dan aku akan jawab la kalo aku suka nak jawab.

Untuk post kali ini (25 April 2011), aku nak kongsi dengan korang satu persoalan yang selalu menjadi tanda tanya bagi aku. "Bolehkah seseorang itu menang di `padang` pihak lawan?"Isu ini mungkin lebih mudah kalau kita bayangkan macam lawan bola di padang team lawan. Jadi, adakah kemungkinan untuk tewaskan pihak lawan ditempat mereka lebih susah kalau dibandingkan dengan nak tewaskan team lawan di kawasan kita sendiri?
Ataupun, adakah "kawasan" layak dipersalahkan?ataupun "kawasan ini hanya "alasan" ?

Dalam post ini, aku bukan nak cerita pasal bola ataupun mana-mana sukan, walaupun isu ini boleh dikaitkan dengan sukan. Setelah 3 minggu aku mula bekerja disini, ada banyak benda baru yang aku dah belajar walaupun banyak juga yang lupa atau ingat-ingat lupa, tapi impact tu tetap aku tak lupa, baik mengenai bidang kejuruteraan, adab tertib orang jepun, kerja, etc. Dan aku rasa orang lain yang sama batch dengan aku pon rasa benda yang sama( aku rasa la..).

Mungkin secara normalnya kita akan anggap yang orang yang sama batch sepatutnya berada dalam range yang lebih kurang sama.Tapi bagi kes aku(orang Malaysia) dengan batch aku(orang jepun) secara hakikatnya banyak perbezaan walaupun kami dalam batch yang sama.
Dan hari ini, buat aku terfikir pasal perbezaan ini sekali lagi. Petang tadi, seperti yang tercatat dalam jadual training course kami, ada ujian bertulis untuk check pemahaman batch baru setelah 3 minggu disini. Ujian bertulis ini merangkumi apa yang telah dibelajar sepanjang training course ini dan perlu diselesaikan dalam masa sejam kalau tak silap aku.

Jadi, bertungkus-lumus la kami selesaikan semua soalan-soalan yang aku rasa semuanya telah diajarkan dan aku pun ingat-ingat lupa sikit sebab kebanyakkannya melibatkan huruf-huruf(huruf kanji=chinese characters) yang mempunyai bentuk yang agak kompleks dan kombinasi yang banyak termasuk istilah-istilah dan definasi-definasi yang aku jamin korang semua boleh goreng kalau dibenarkan jawab dalam bahasa melayu.( ex : fungsi spanar, etc)

Agak malang bagi aku, kerana aku tak ada daya tumpuan yang kuat untuk terus fokus membaca huruf-huruf jepun dan memahami ayat-ayat yang berjela-jela dalam soalan itu dan menyebabkan aku ketandusan masa dan mampu baca hanya 70% daripada semua soalan yang ada.
Dan akhirnya, seperti yang dijangkakan, keputusan aku agak rendah berbanding dengan orang lain.Sama juga bagi seorang lagi mamat Rusia yang sama batch dengan aku(dia lagi rendah dari aku).
Walaupun begitu, agak mengejutkan kerana keputusan purata bagi orang lain pon tidaklah begitu tinggi seperti yang aku ingatkan. tapi, yang hebatnya, boleh kata kesemua orang jepun ini boleh jawab semua soalan yang ada( Laju betul korang baca soalan!!)

Dan macam biasa, disebabkan dah tengok-tengok keputusan masing-masing, derang bila nampak keputusan aku yang rendah ni, terus kata " hang bukan jepun pon bleh dapat banyak ni kira nice la"..." bahasa jepun susah kan, nak wat camna"..bla..bla..
Aku akui, bahasa jepun derang memang cekap la sebab derang orang jepun. Tapi, bila dikatakan macam tu, aku rasa malu sendiri disebabkan masih tak cukup syarat asas lagi untuk compete dengan derang.

Apa yang aku nak kata kat sini ialah, adakah disebabkan soalan dalam bahasa jepun, aku bukan native bahasa jepun itu boleh dijadikan alasan yang keputusan aku rendah berbanding orang jepun sendiri?
Adakah aku boleh dapat markah sekurang-kurangnya dalam purata kalau aku dapat soalan yang sama dalam bahasa melayu?

Secara jujurnya, aku tak rasa isu ini boleh dijadikan alasan untuk dapat markah yang rendah, dan menyebabkan aku jadi bersemangat balik untuk aku tingkatkan penguasaan bahasa jepun aku.

Kenapa aku bangkitkan benda bosan ni kat post ini?...

Mungkin disebabkan, aku rasa selama ni aku dah banyak kali tersedar pasal isu ini dan banyak kali juga buat kerja sekerat jalan dalam proses nak tingkatkan penguasaan bahasa jepun nih.
Jadi, mungkin post ini boleh aku jadikan ruang untuk aku janji pada diri sendiri dan pada korang yang baca blog ni untuk buat aku sedar perlunya untuk betul-betul serius untuk kali ini.

Akhir sekali, saya berazam tak akan mengaku kalah!!


Gambar bunga sakura di taman dekat dengan company

April 3, 2011

Fenomena Soil Liquefaction & Gempa Bumi di Jepun 11March2011

Pada post sebelum ini saya telah paparkan beberapa video yang dapat memberikan gambaran situasi gempa bumi yang telah berlaku di Jepun.

Kali ini, ingin saya kongsikan juga situasi soil liquefaction (Pencairan Tanah)yang berlaku semasa gempa bumi baru-baru ini.

Mungkin ramai yang tertanya-tanya apa itu soil liqueafaction?
Sebelum itu mungkin sapa sepatutnya memberi definasi secara ringkas mengenai fenomena ini.
Soil liquefaction ialah fenomena di mana tanah yang tepu secara substansial kehilangan kekuatan dan simpulan pada respons terhadap stres yang diterapkan, biasanya gempa bumi gementar atau perubahan mendadak yang lain dalam keadaan stres, menyebabkan ia berperilaku seperti cecair.Sila rujuk link ini untuk definasi lanjut.

Bagi kita rakyat Malaysia yang tidak mempunyai pengalaman mengenai bencana alam ini. Mungkin video-video dibawah dapat memberi gambaran betapa menakutkan fenomena pencairan tanah ini.

Video dibawah menunjukan gempa bumi dan fenomena soil liquefaction yang berlaku di daerah Urayasu Chiba.


Video ini pula menunjukkan keadaan di Disneyland tokyo yang terjejas disebabkan fenomena soil liquefaction.Pihak Disneyland terpaksa menghentikan operasi selepas usaha baik pulih selesai dijalankan


Dikatakan fenomena soil liquefaction ini sering berlaku di kawasan-kawasan yang asalnya tebing laut dan kemudiannya ditambak semasa usaha meluaskan kawasan darat seperti. Sebagai contoh ialah proses menambak laut seperti yang dijalankan oleh negara Singapura.

Setakat ini sehaja apa yang saya boleh kongsikan untuk post kali ini.
Untuk post berikutnya akan saya paparkan dalam masa terdekat.

Video Gempa Bumi di Jepun ( Japan Earthquake Video)

Setelah beberapa minggu kejadian gempa bumi yang berlaku di jepun pada 2011 mac 11 lepas, saya terpanggil untuk berkongsi gambaran sebenar tentang apa yang diperolehi di sini untuk disampaikan kepada anda yang berada di luar jepun.

Untuk post kali ini ingin saya kongsikan detik-detik gempa bumi yang saya dapat kumpul. Mungkin ini dapat memberi sedikit sebanyak gambaran situasi gempa bumi yang telah berlaku di sini.

Video pertama ini dirakamkan di sebuah pejabat tingkat 5 di Tokyo ( Daerah Edo)


Video kedua ini pula diambil daripada keretapi yang sedang bergerak di Tokyo


Video ketiga pula menunjukkan keadaan di dalam pasaraya di Tokyo semasa gempa bumi berlaku. Keadaan dalam kedai yang kelam-kabut dan barang-barang yang terjatuh menunjukkan situasi yang menakutkan.


Video keempat ini diambil di sebuah pasaraya di Shinjuku Tokyo


Video kelima ini pula diambil di sebuah rumah di kawasan Chiba Prefecture.Situasi cemas semasa gempa bumi dapat dirasai dengan keadaan perabut yang berselerakan.


Video keenam ini pula diambil di luar kawasan sekolah. Video menunjukkan air parit yang beralun kuat telah menjelaskan betapa kuatnya gempa bumi yang berlaku


Video ketujuh ini pula menunjukkan keada bangunan tinggi di Shinjuku Tokyo yang bergoyang disebabkan gempa bumi yang berlaku


Video kelapan ini diambil di kawasan Sendai,melalui video ini situasi cemas semasa gempa bumi berlaku dapat dirasai.


masih banyak lagi video-video yang ingin saya kongsikan bersama anda, tetapi untuk kali ini saya hanya paparkan situasi semasa gempa bumi kerana ruang yang terhad.
Di dalam post berikutnya saya akan paparkan lebih lanjut mengenai tsunami, situasi reaktor nuklear di Fukushima dan lain-lain.

Bersama-samalah kita berdoa agar keadaan dapat pulih seperti sediakala dan berharap agar mangsa-mangsa yang terlibat tabah dalam menghadapai cabaran ini.

April 2, 2011

Manusia Semuanya Sama

Sekilas pandang di lobby syarikat

Alhamdulillah. Semalam 2011 April 1, telah selesai Majlis Masuk Kerja yang boleh dikatakan agar besar-besaran bagi budak kampung macam aku. Disini, seramai 115 orang pelajar telah diterima masuk untuk berkhidmat untuk syarikat pengeluar mesin pengikis besi ini(betul ke nama ni?)

Pagi itu, aku bangun dengan agak kelam-kabut untuk bersiap-siap pakai suit terbaik yang aku ada disamping necktie yang kawan aku pesan JANGAN pakai masa Majlis Masuk Kerja sebab terlalu menonjol mata(kuning emas metallic) tapi aku tak peduli jugak. (untuk pengetahuan anda, orang jepun macam tak suka nampak menonjol tambah lagi bila majlis-majlis formal ni. and don`t ask me why!)
Turun je lobby asrama, orang dah sapa aku, " wow apiz, kaw2 kuning necktie hang!!..haha"..
Dengan malu-malu kecil, aku pun terasa serba salah jugak sikit,dalam kepala aku dah terpikir "ish. macam mana nih! nak naik tukar balik ke necktie nih?", tapi akhirnya aku nekad, apa nak jadi-jadilah!hah!

Di majlis pagi itu, kedatangan semua pemegang-pemegang share syarikat ini pada majlis pagi itu telah menunjukkan betapa komitednya syarikat jepun dalam menunjukkan prihatinya mereka pada setiap seorang pekerja mereka.

Pagi itu, kami dikumpulkan dalam dewan baru dan kemudian, sebelum CEO syarikat dijemput untuk berucap, setiap seorang daripada kami dicadangkan untuk memberi ucapan untuk mengenalkan diri(aisatsu) kepada board of directors syarikat.Seorang demi seorang dipanggil namanya dan berdiri untuk greets dengan penuh perasaan dan semangat yang tinggi dan walaupun agak meremang bulu roma, aku juga tidak ketinggalan untuk melakukan perkara yang sama untuk menunjukkan semangat kejepunan yang tinggi.Maka jeritlah aku macam orang lain juga " Minta tunjuk ajar!"( macam dalam komik jepun terjemahan bahasa melayu)

Selesai aktiviti waktu pagi, kemudian majlis disambung dengan sesi fotografi bersama-sama board of directors. Seperti biasa, aku tidak melepaskan peluang untuk mendapatkan tempat yang paling strategik iaitu ditengah-tengah gambar. Sebab, bagi aku, berada ditengah-tengah memang terbukti mudah dikenali dengan hanya sekilas pandang.

Tak perlu aku cerita panjang, selepas sesi fotografi, ada pula sesi makan tengahari bersama-sama sambil berkenal-kenalan. Hidangan yang disediakan agak menarik dan banyak yang (nampak)halal tapi agak malang bagi aku kerana aku tak sempat rasa semuanya disebabkan aku cuba bertindak matang dengan tidak terlalu gelojoh dan lebih mengutamakan aktiviti berbual dengan orang-orang besar syarikat untuk tunjuk muka atau dengan kata lain.. poyo!? (hah! peduli apa aku).

Sebelum aku bertindak mengenalkan diri secara individu kepada CEO syarikat, aku mula dengan aktiviti memanaskan badan( warming up) dengan menegur sapa GM department yang aku akan masuk nanti. Lalu aku pun tegur lah GM ni dan berbual la sikit untuk tunjuk muka ,kemudian bila dah saling tengok kanan tengok kiri sebab dah abes topik nak cakap, aku pun pergi menegur sapa CEO syarikat pulak.

............

Aku : Err.. tuan CEO! saya budak baru Muhamad Hafiz dari Malaysia yang lepas ni akan masuk department sales engineer! mintak tunjuk ajar!
CEO : Oohh. hang ka yang dari Malaysia tu?senang betui nak kenai hang. Sebab aku tengok necktie hang ni.hahahaha...
Aku : Oh yaka?Saya pakai necktie biasa-biasa saja nih (tersengih-sengih)
CEO : Saya hari ni saja pakai necktie yang kaler biru (bosan), sebab ingatkan orang pakai yang biasa ja. Tapi tudia.. hang pakai kaler kuning terang bederang. Aku nampak hang dah pagi tadi sebab ingat kot kaler kuning terang necktie hang ni la.hahaha..
Aku : Ooh, saya saja pakai kaler ni, sebab nak bagi nampak lain baru orang senang ingat.hehe

....bla..bla..bla............(then lari pergi tempat lain sambung makan dengan lega)

Pertunjukkan Memotong Ikan Tuna di Majlis Masuk Kerja


"huh, ada juga untungnya aku pakai necktie lain dari orang lain. kurang-kurang tuan CEO dapat cam jugak aku "

Mungkin gaya penceritaan aku dalam post nih, nampak macam syok sendiri. Tetapi, aku harap korang tak kisah sangat pasal tu sebab pengajaran yang aku nak sampaikan disini ialah mesej yang agak common, iaitu"be yourself ".

Mungkin ramai yang tinggal di luar negara terutamanya yang datang belajar di luar negara, pernah mengalami dilemma mengenai terlalu banyak perbezaan diantara diri dan masyarakat di Jepun. Lalu, bertindak untuk membuang segala identiti mereka sendiri, untuk menyesuaikan diri dengan keadaan sekeliling dengan menjelma menyerupai orang jepun.Aku akui, semua ini memang berkesan dalam memberikan keselesaan diri sendiri kerana tiada perbezaan dengan sekeliling, ataupun dengan kata lain, berada dalam majoriti adalah situasi yang paling selesa.

Tapi dalam masa yang sama kita perlu ingat yang "no risk, no return" adalah realiti. Dan bagi orang Malaysia yang turun naik emosinya semasa di Jepun ini kerana terlalu banyak perbezaan yang menyekat keselesaan disini, aku berharap supaya tabah, kerana setiap perbezaan kita dengan masyarakat tempatan itu adalah satu kelebihan bagi kita, kerana mempunyai dua jenis point of view iaitu dari Japanese point of view dan Malaysian point of view.

Malah, perlulah untuk kita ingat selalu, yang kita semua sama iaitu manusia yang akan cenderung untuk melihat perbezaan dan akan kurang tumpuan/minat bila semua benda kelihatan sama seperti yang lain. Jadi, tidakkan anda rasa ini satu peluang yang hanya datang pada kita sahaja?

Oleh itu, aku berharap agar sesiapa yang sedang atau akan berada di Jepun ini, belajarlah menyesuaikan diri tanpa putus asa. Cubalah cari peluang yang sesuai untuk menggunakan "sesuatu" yang mungkin kita anggap sebagai kekurangan selama ini kerana semua ini bergantung kepada bagaimana kita melihat/mentafsir keadaan, secara optimis ataupun secara pesimis.
Akhir sekali pesan saya ialah apa yang penting janganlah kita melupakan asal usul kita sebagai rakyat Malaysia, kerana kita ialah rakyat Malaysia!!