April 2, 2011

Manusia Semuanya Sama

Sekilas pandang di lobby syarikat

Alhamdulillah. Semalam 2011 April 1, telah selesai Majlis Masuk Kerja yang boleh dikatakan agar besar-besaran bagi budak kampung macam aku. Disini, seramai 115 orang pelajar telah diterima masuk untuk berkhidmat untuk syarikat pengeluar mesin pengikis besi ini(betul ke nama ni?)

Pagi itu, aku bangun dengan agak kelam-kabut untuk bersiap-siap pakai suit terbaik yang aku ada disamping necktie yang kawan aku pesan JANGAN pakai masa Majlis Masuk Kerja sebab terlalu menonjol mata(kuning emas metallic) tapi aku tak peduli jugak. (untuk pengetahuan anda, orang jepun macam tak suka nampak menonjol tambah lagi bila majlis-majlis formal ni. and don`t ask me why!)
Turun je lobby asrama, orang dah sapa aku, " wow apiz, kaw2 kuning necktie hang!!..haha"..
Dengan malu-malu kecil, aku pun terasa serba salah jugak sikit,dalam kepala aku dah terpikir "ish. macam mana nih! nak naik tukar balik ke necktie nih?", tapi akhirnya aku nekad, apa nak jadi-jadilah!hah!

Di majlis pagi itu, kedatangan semua pemegang-pemegang share syarikat ini pada majlis pagi itu telah menunjukkan betapa komitednya syarikat jepun dalam menunjukkan prihatinya mereka pada setiap seorang pekerja mereka.

Pagi itu, kami dikumpulkan dalam dewan baru dan kemudian, sebelum CEO syarikat dijemput untuk berucap, setiap seorang daripada kami dicadangkan untuk memberi ucapan untuk mengenalkan diri(aisatsu) kepada board of directors syarikat.Seorang demi seorang dipanggil namanya dan berdiri untuk greets dengan penuh perasaan dan semangat yang tinggi dan walaupun agak meremang bulu roma, aku juga tidak ketinggalan untuk melakukan perkara yang sama untuk menunjukkan semangat kejepunan yang tinggi.Maka jeritlah aku macam orang lain juga " Minta tunjuk ajar!"( macam dalam komik jepun terjemahan bahasa melayu)

Selesai aktiviti waktu pagi, kemudian majlis disambung dengan sesi fotografi bersama-sama board of directors. Seperti biasa, aku tidak melepaskan peluang untuk mendapatkan tempat yang paling strategik iaitu ditengah-tengah gambar. Sebab, bagi aku, berada ditengah-tengah memang terbukti mudah dikenali dengan hanya sekilas pandang.

Tak perlu aku cerita panjang, selepas sesi fotografi, ada pula sesi makan tengahari bersama-sama sambil berkenal-kenalan. Hidangan yang disediakan agak menarik dan banyak yang (nampak)halal tapi agak malang bagi aku kerana aku tak sempat rasa semuanya disebabkan aku cuba bertindak matang dengan tidak terlalu gelojoh dan lebih mengutamakan aktiviti berbual dengan orang-orang besar syarikat untuk tunjuk muka atau dengan kata lain.. poyo!? (hah! peduli apa aku).

Sebelum aku bertindak mengenalkan diri secara individu kepada CEO syarikat, aku mula dengan aktiviti memanaskan badan( warming up) dengan menegur sapa GM department yang aku akan masuk nanti. Lalu aku pun tegur lah GM ni dan berbual la sikit untuk tunjuk muka ,kemudian bila dah saling tengok kanan tengok kiri sebab dah abes topik nak cakap, aku pun pergi menegur sapa CEO syarikat pulak.

............

Aku : Err.. tuan CEO! saya budak baru Muhamad Hafiz dari Malaysia yang lepas ni akan masuk department sales engineer! mintak tunjuk ajar!
CEO : Oohh. hang ka yang dari Malaysia tu?senang betui nak kenai hang. Sebab aku tengok necktie hang ni.hahahaha...
Aku : Oh yaka?Saya pakai necktie biasa-biasa saja nih (tersengih-sengih)
CEO : Saya hari ni saja pakai necktie yang kaler biru (bosan), sebab ingatkan orang pakai yang biasa ja. Tapi tudia.. hang pakai kaler kuning terang bederang. Aku nampak hang dah pagi tadi sebab ingat kot kaler kuning terang necktie hang ni la.hahaha..
Aku : Ooh, saya saja pakai kaler ni, sebab nak bagi nampak lain baru orang senang ingat.hehe

....bla..bla..bla............(then lari pergi tempat lain sambung makan dengan lega)

Pertunjukkan Memotong Ikan Tuna di Majlis Masuk Kerja


"huh, ada juga untungnya aku pakai necktie lain dari orang lain. kurang-kurang tuan CEO dapat cam jugak aku "

Mungkin gaya penceritaan aku dalam post nih, nampak macam syok sendiri. Tetapi, aku harap korang tak kisah sangat pasal tu sebab pengajaran yang aku nak sampaikan disini ialah mesej yang agak common, iaitu"be yourself ".

Mungkin ramai yang tinggal di luar negara terutamanya yang datang belajar di luar negara, pernah mengalami dilemma mengenai terlalu banyak perbezaan diantara diri dan masyarakat di Jepun. Lalu, bertindak untuk membuang segala identiti mereka sendiri, untuk menyesuaikan diri dengan keadaan sekeliling dengan menjelma menyerupai orang jepun.Aku akui, semua ini memang berkesan dalam memberikan keselesaan diri sendiri kerana tiada perbezaan dengan sekeliling, ataupun dengan kata lain, berada dalam majoriti adalah situasi yang paling selesa.

Tapi dalam masa yang sama kita perlu ingat yang "no risk, no return" adalah realiti. Dan bagi orang Malaysia yang turun naik emosinya semasa di Jepun ini kerana terlalu banyak perbezaan yang menyekat keselesaan disini, aku berharap supaya tabah, kerana setiap perbezaan kita dengan masyarakat tempatan itu adalah satu kelebihan bagi kita, kerana mempunyai dua jenis point of view iaitu dari Japanese point of view dan Malaysian point of view.

Malah, perlulah untuk kita ingat selalu, yang kita semua sama iaitu manusia yang akan cenderung untuk melihat perbezaan dan akan kurang tumpuan/minat bila semua benda kelihatan sama seperti yang lain. Jadi, tidakkan anda rasa ini satu peluang yang hanya datang pada kita sahaja?

Oleh itu, aku berharap agar sesiapa yang sedang atau akan berada di Jepun ini, belajarlah menyesuaikan diri tanpa putus asa. Cubalah cari peluang yang sesuai untuk menggunakan "sesuatu" yang mungkin kita anggap sebagai kekurangan selama ini kerana semua ini bergantung kepada bagaimana kita melihat/mentafsir keadaan, secara optimis ataupun secara pesimis.
Akhir sekali pesan saya ialah apa yang penting janganlah kita melupakan asal usul kita sebagai rakyat Malaysia, kerana kita ialah rakyat Malaysia!!




















No comments:

Post a Comment