June 26, 2009

King of Pop Micheal Jackson

King of Pop

Masa kecik-kecik dulu korang mesti ingat lagi "Sinaran" program cari bakat untuk jadi artis kat TV yg hit kat Malaysia masa tu. Dalam banyak-banyak calon Lan pet-pet antara yang kita buleh ingat lagi sebab karekter dia yang pandai wat bunyi pipe guna mulut dan menari robot gaya Micheal Jackson.

Ataupon kalo tengok youtube ada video clip tamil versi edit "Geli Mat"yang memang tak bleh blah sbb tiru gaya Micheal Jackson menari dengan subtitle bahasa melayu.

Dan kat sesapa yang duk jepun dan selalu tengok tv mesti kenal kot geinojin Tomochika yang dok tiru-tiru gaya Micheal Jackson.

Suma orang kenal Micheal Jackson. Suma orang suka tengok Micheal Jackson menyanyi sambil menari robot dia. Walaupon secara umumnya kita takde la ikut tiap2 update si Micheal Jackson ni tapi, kita dapat tau jugaklah lebih kurang kontroversi-kontroversi yang libatkan Micheal Jackson.

Antara kontroversi yang aku ingat pasal Micheal Jackson ni setakat kes plastic surgery, kes tayang anak kecik dia dari apartment dia, dan kes liwat budak tu je kot...

Apa yang mantapnya Micheal Jackson ni tak kira la dia banyak kontroversi pon, orang tetap suka lagu-lagu dia. Guinness World record gelar dia"Penghibur Paling Berjaya Sepanjang Zaman".
Dia jugak pernah dapat title artis muzik yang paling laris jualan album sepanjang zaman.

So, kalau nak cepat kaya jadilah artis, haha.... tomok dah buktikan dia pon buleh jadi jutawan dengan menyanyi ja..

Apa-apa pon post kali ni nak cerita yang Micheal Jackson dah meninggal dunia.Secara ringkasnya :

Pagi 25 Jun 2009 (waktu US), Micheal Jackson :

Pengsan kat rumah --- call paramedik --- paramedik smp --- dah tak bernafas --- CPR --- koma ---meninggal dunia --- kegagalan jantung --- tiada bukti jenayah.

Sebenarnya aku nak upload satu video clip lagu Micheal Jackson yang aku rasa korang suma penah tengok time kecik-kecik dulu kat tv, tapi sebab tak dapat html untuk upload video youtube Micheal Jackson ni aku bleh letak link je la. Lagu tu nama Black and White .

No comments:

Post a Comment