June 26, 2009

Link Untuk Belajar Teknik-Teknik Ambil Gambar


Sejak dah 3 tahun berada di disini, sememangnya ramai yang sudah mampu beli kamera yang canggih-canggih. Aku pon tak ketinggalan jugak la untuk sambar satu kamera yang macam tu.Alasannya kualiti gambar tak bagus, dan bila tengok-tengok balik gambar travel masa mula-mula sampai jepun dulu tak ada feel.Tapi lepas beli kamera SLR, aku sedar yang kamera saja tak cukup untuk dapatkan shot yang cantik. Barulah aku tahu yang guna apa jenis kamera pon,Teknik mesti ada supaya kualiti objek dapat dikeluarkan.

Aku rasa ramai jugak yang dah lama cuba asah teknik ambil gambar yang cantik dan upload kat flickr. Aku pon selalu view tengok-tengok dan rasa rendah diri la sebab rupa-rupanya semua dah ada teknik masing-masing.

So, aku pun cuba cari-cari ebook yang bagi tips-tips pasal penggunaan kamera, teknik-teknik ambil gambar dan jumpalah beberapa link yang aku rasa agak bermanfaat.

Kepada yang berminat, cubalah download ebook-ebook yang korang suka dan practise teknik-teknik yang dia ajar. Ini link untuk website tu http://info.fhotoblog.net/





No comments:

Post a Comment